kata kata mutiara kehidupan :
- hidup penuh pengorbanan, pengorbanan perlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan perlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahagiaan.
- kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
- ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. hidup tanpa pegangan ibarat buih buih laut, bila bila masa ia akan hilang.
- selemah lemah manusia ialah orang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia siakan sahabat yang telah di cari.
- hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara pertama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
- bekunya air mata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupakan mati, lupakan mati kerana telalu mencintakan dunia. renungkanlah!
- keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang amat kelam. ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
- boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. ALLAH maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. ( al-baqarah :216 )
- kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat. puas kita menangis mencari dimana matahari? rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.
- penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka sesiapa yang mengelakkannya sebab takut kepada-KU, maka AKU akan gantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.
- yang benar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat, yang dekat itu mati. -imam al ghazali-
- #copy paste from http://busuk.org/ping/artikel/476
0 comments:
Post a Comment